Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54 peringkat Kolej Matrikulasi Johor akan diadakan dari 5 Ogos 2011 hingga 16 September 2011. Perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Sasman Bin Yasir, Pengarah, Kolej Matrikulasi Johor pada 5 Ogos 2011 di Dataran Wawasan, KMJ. "1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera" adalah tema sambutan tersebut.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Pertandingan Keceriaan Blok Kediaman, Pertandingan buku skrap/ bannner, Pertandingan Melukis Poster (individu), Pameran Bulan Kemerdekaan. Majlis Sambutan Kemerdekaan akan diadakan pada 15 Ogos 2011 pada jam 8.00 malam di Dataran Wawasan.

No comments:
Post a Comment