Selamat Datang ke Laman Blog Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Salam Perpisahan... Pn.Nurhidah Bt. Munawer

            Semester II sesi 2011/2012, seorang  pensyarah dari Unit Biologi akan berpindah ke Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) bermula 12 Disember 2011 ini. Beliau amat berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Biro P&P dan telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2010. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn. Nurhidah Bt. Munawer yang mula berkhidmat di KMJ pada tahun 2007.
       Warga pensyarah Unit Biologi mengucapkan selamat menjalankan tugas ditempat yang baru dan jangan lupakan KMJ. 



Gambar kenangan Majlis Perpisahan Pn. Nurhidah Bt. Munawer
6 Disember 2011
Kek dari semua Pensyarah Unit Biologi, KMJ

Antara pensyarah yang hadir dalam majlis perpisahan tersebut.

Pn. Nurhidah sedang memotong kek perpisahan.....

Cenderamata kenang-kenangan dari pensyarah Unit Biologi yang
disampaikan oleh Pn. Rohayu Yusof, Ketua Unit Biologi.
                

Tuesday, October 11, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan PSPM 1Sesi 2011/2012

Kami pensyarah Unit Biologi mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan PSPM 1 Sesi 2011/2012 kepada semua pelajar KMJ khususnya pelajar Modul I dan Modul III yang akan bermula pada 21 Oktober hingga 3 November 2011. Good Luck and all the best.





Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Kami warga pendidik Unit Biologi, KMJ mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pensyarah KMJ, para pelajar KMJ dan muslimin dan muslimat yang mengunjungi laman blog ini.....

Monday, August 15, 2011

Ketua Jabatan Sains

           Semua pensyarah Unit Biologi mengucapkan tahniah kepada Pn. Kenanga Bt. Jais, pensyarah Unit Biologi  kerana telah dilantik ke jawatan Ketua Jabatan Sains berkuatkuasa 18 Julai 2011. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baikdan memajukan Jabatan Sains dengan cemerlang.

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan Al-Mubarak


The department would like to wish RAMADHAN MUBARAK and GOOD LUCK in the UPS Examination (August 2-5, 2011) to all students.

Wednesday, June 8, 2011

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Tahniah diucapkan kepada Wan Noor Syakiran, pensyarah Unit Biologi kerana telah diijabkabulkan pada 5 Jun 2011 bersama pasangannya di Kelantan. Selamat pengantin baru dari seluruh warga Unit Biologi dengan ucapan semoga berbahagia hingga akhir hayat dan lebih bersemangat lagi dalam meneruskan kerjaya sebagai pendidik.

Saturday, June 4, 2011

Salam Perpisahan....

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 3 Jun 2011 adalah hari terakhir bagi Cik Rusmayati Bt. Badrul Hisham berkhidmat di Kolej Matrikulasi Johor. Beliau telah mengajar di KMJ selama 8 tahun dan merupakan seorang felo di Blok Al-Jazari. Beliau akan berkhidmat di tempat baru iaitu di Kolej Matrikulasi Selangor.

Seluruh warga Unit Biologi KMJ mendoakan agar Cik Rusmayati dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang di sana. Yang penting tali silaturrahim antara kita ahli Unit Biologi akan terus berkekalan....

Selamat bertugas di Kolej Matrikulasi Selangor..

Tuesday, May 31, 2011

Selamat Datang Tuan Pengarah KMJ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

        Seluruh warga Unit Biologi KMJ mengucapkan selamat datang kepada Tuan Pengarah KMJ yang baru iaitu Tn. Hj. Sasman Bin Yasir. Semoga tuan dapat membimbing kami ke arah kecemerlangan KMJ....

Tn. Hj. Sasman Bin Yasir, Pengarah Kolej Matrikulasi Johor. 

Monday, May 23, 2011

Bermula sesi 2011/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
23 Mei 2011 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua para pensyarah KMJ kerana detik itulah pelajar-pelajar baru sesi 2011/2012 masuk mendaftar di KMJ. dari awal pagi KMJ telah dipenuh dengan kenderaan untuk mendaftarkan anak-anak masing. Selepas jam 5 petang semalam statistik pelajar yang mendaftar adalah seramai 1900 ++ orang yang akan dipecahkan kepada 3 modul.

Kami pensyarah-pensyarah Unit Biologi KMJ mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baru ke KMJ. Pelajar yang mengambil Biologi, pasti kita akan berjumpa di kelas kuliah, tutoran atau amali. Sesuaikanlah diri anda disini dan gunakanlah semua kemudahan yang telah disediakan kepada anda semua. Tanamkan azam untuk berjaya mengharungi pelbagai cabaran di sini dan menjadi pelajar cemerlang yang akan memenuhi universiti-universiti tempatan kelak.....

Untuk pengetahuan anda semua, nota kuliah akan diuploadkan didalam laman blog ini dan pelajar boleh lah mengambilnya sebagai panduan dan rujukan.

Thursday, October 7, 2010

Good Luck In Your Examinations

Selamat Menduduki Peperiksaan PSPM 1 kepada semua pelajar-pelajar Sains Hayat sesi 2010/2011. Semoga anda berjaya mendapat 4.00.. Ikhlas daripada : Pensyarah-pensyarah Unit Biologi, KMJ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers