Selamat Datang ke Laman Blog Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday, July 21, 2014

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1435H


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami pensyarah Unit Biologi, KMJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H. Jaga diri dan pastikan buku jangan di lupa kerana UPS 1 akan menjelma selepas sahaja anda bercuti hari raya.

Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum...

Kami pensyarah Unit Biologi,KMJ mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pensyarah KMJ dan pelajar-pelajar KMJ.


Sunday, May 25, 2014

Selamat Datang Pelajar-Pelajar Baharu KMJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

   Selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baharu Kolej Matrikulasi Johor bagi sesi 2014/2015. Proses pendaftaran telah dijalankan pada hari ini 26 Mei 2014 bermula jam 8.00 pagi lagi. Kami para pensyarah mendoakan agar anda semua mencintai program matrikulasi dan mendapat keputusan yang cemerlang di sini.

  Bagi pelajar-pelajar baharu sila baca buku panduan program PST dan PDT yang telah dibekalkan untuk melihat secara jelas program matrikulasi KPM. Semoga anda semua gembira kerana dapat meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Johor khususnya bagi pelajar-pelajar aliran sains yang mengambil matapelajaran Biologi.

  Kami para pensyarah Unit Biologi akan sentiasa membantu anda dalam P&P di sini. Selamat Maju Jaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers