Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baharu Kolej Matrikulasi Johor bagi sesi 2014/2015. Proses pendaftaran telah dijalankan pada hari ini 26 Mei 2014 bermula jam 8.00 pagi lagi. Kami para pensyarah mendoakan agar anda semua mencintai program matrikulasi dan mendapat keputusan yang cemerlang di sini.
Bagi pelajar-pelajar baharu sila baca buku panduan program PST dan PDT yang telah dibekalkan untuk melihat secara jelas program matrikulasi KPM. Semoga anda semua gembira kerana dapat meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Johor khususnya bagi pelajar-pelajar aliran sains yang mengambil matapelajaran Biologi.
Kami para pensyarah Unit Biologi akan sentiasa membantu anda dalam P&P di sini. Selamat Maju Jaya.