Selamat Datang ke Laman Blog Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia

Sunday, May 25, 2014

Selamat Datang Pelajar-Pelajar Baharu KMJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

   Selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baharu Kolej Matrikulasi Johor bagi sesi 2014/2015. Proses pendaftaran telah dijalankan pada hari ini 26 Mei 2014 bermula jam 8.00 pagi lagi. Kami para pensyarah mendoakan agar anda semua mencintai program matrikulasi dan mendapat keputusan yang cemerlang di sini.

  Bagi pelajar-pelajar baharu sila baca buku panduan program PST dan PDT yang telah dibekalkan untuk melihat secara jelas program matrikulasi KPM. Semoga anda semua gembira kerana dapat meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Johor khususnya bagi pelajar-pelajar aliran sains yang mengambil matapelajaran Biologi.

  Kami para pensyarah Unit Biologi akan sentiasa membantu anda dalam P&P di sini. Selamat Maju Jaya.

2 comments:

  1. Zaman matrikulasi sangat menyeronokkan. Dan kini saya bangga bergelar mahasiswa yang mengejar Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi dengan Kepujian. Terima kasih kepada semua pensyarah yang mencurahkan ilmu sepanjang setahun di KMJ. Jasa pensyarah semua takkan dilupakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Syafiq. Terima kasih atas penghargaan dan ingatan kepada kami. Kami mendoakan agar syafiq terus menempa kecemerlangan pada masa akan datang.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers