Selamat Datang ke Laman Blog Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday, May 23, 2011

Bermula sesi 2011/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
23 Mei 2011 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua para pensyarah KMJ kerana detik itulah pelajar-pelajar baru sesi 2011/2012 masuk mendaftar di KMJ. dari awal pagi KMJ telah dipenuh dengan kenderaan untuk mendaftarkan anak-anak masing. Selepas jam 5 petang semalam statistik pelajar yang mendaftar adalah seramai 1900 ++ orang yang akan dipecahkan kepada 3 modul.

Kami pensyarah-pensyarah Unit Biologi KMJ mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baru ke KMJ. Pelajar yang mengambil Biologi, pasti kita akan berjumpa di kelas kuliah, tutoran atau amali. Sesuaikanlah diri anda disini dan gunakanlah semua kemudahan yang telah disediakan kepada anda semua. Tanamkan azam untuk berjaya mengharungi pelbagai cabaran di sini dan menjadi pelajar cemerlang yang akan memenuhi universiti-universiti tempatan kelak.....

Untuk pengetahuan anda semua, nota kuliah akan diuploadkan didalam laman blog ini dan pelajar boleh lah mengambilnya sebagai panduan dan rujukan.

1 comment:

  1. Excuse me.. I just want to ask, why can't I read the biology notes? It's not existed.. What's that supposed to mean???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers