Selamat Datang ke Laman Blog Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday, May 19, 2014

Memori Terindah 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

           Unit Biologi KMJ telah kehilangan tiga orang pensyarah senior dan pakar di KMJ. Pemergian mereka adalah kerana berpindah ke Kolej Matrikulasi Labuan dan Kolej Matrikulasi Kelantan  dan seorang berpindah ke Kolej Matrikulasi Perak kerana dinaikkan pangkat ke DG52.
           Pensyarah-pensyarah tersebut adalah :



1. Pn. Hjh Mariam binti A. Ghani yang berpindah mengikut suami ke Kolej Matrikulasi Labuan pada 6
    Januari 2014.

 


2. Pn. Kenanga binti Jais yang dinaikkan pangkat ke gred DG52 ke Kolej Matrikulasi Perak pada 20 April
    2014.



3. Cik Zuraidah binti Mohamed yang berpindah ke Kolej Matrikulasi Kelantan yang akan mula beroperasi pada sesi 2014/2015.

       Para pensyarah Unit Biologi mengucapkan selamat berkhidmat di tempat yang baru dan semoga ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan akan digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan kecemerlangan Unit Biologi KMJ pada masa akan datang. Selamat Maju Jaya kami ucapkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers